Sunday, August 2, 2009

Bagaimana menarik pelawat ke blog anda

Komuniti, komunikasi,pertimbangan(Community,communication, consideration)

Terdapat tiga prinsip bagi memperkenalkan blog anda kepada pengguna pengguna, sama ada secara umum atau sepesifik.

1.Komuniti(Community)

Sama ada memulakan dengan komunity anda sendiri atau menyertai komuniti yang lain,seperti myspace, mybloglog, facebook, linkedln dan yang lain-lain, merupakan salah satu cara yang berkesan untuk menarik pelawat ke laman blog anda. Ini kerana, mereka yang sebegini tidak hanya klik secara rawak di dalam senarai enjin carian , tetapi telah melihat profil anda dilaman-laman web komuniti dan seterusnya ke laman blog anda.

2. Komunikasi (communication)

Ianya tidak menjurus kepada spam, cuba terlibat dalam perbincangan dengan mereka yang mempunyai minat yang sama dengan anda mulakan dengan laman forum, kongsi pendapat dengan mereka apabila selesai jemput mereka memasuki laman blog anda, Anda pasti terkejut berapa ramai pembaca yang melayari laman blog anda.

3. Pertimbangan (considering)

Setiap masa anda perlu mengambil kira tentang pembaca, untuk siapa anda menulis?Pembaca. Siapa yang akan melayari blog anda?Pembaca. Siapa yang patut anda tumpukan perhatian?Pembaca. pertimbangan sangat penting, anda boleh menonjolkan nya dalam banyak cara, dengan hanya rekaan blog yang mesra pembaca, menarik atau cuba terlibat dengan pembaca, tanya pendapat mereka tentang blog anda.Jika pembaca memberikan komen cuba berinteraksi dengan mereka jawab setiap soalan dari mereka terma cadangan dari pembaca dan terus bertindak dengan cara ini anda mampu menarik pembaca supaya kembali ke laman blog anda lagi.

1 comment: